ASB LOAN TERBAIK [PROMOSI 2023]

Haru Biru Dividen ASB 2016

Haru Biru Dividen ASB 2016

Ya...ramai yang tersentap dengan pengumuman terkini dividen asb 2016. Ini dianggap antara terendah dalam sejarah kerana ramai yang menjangkakan 2016 akan turun sekitar 7.0% sahaja.

Nampaknya ramalan orang ramai jauh tersasar dan jauh lebih rendah sebanyak 0.50%.

Pelbagai andaian yang boleh dibuat tetapi sebenarnya Keadaan Ekonomi Global masih belum pulih dan ini menyukarkan ASB untuk kembali ke landasan yang lebih baik.



Dividen ASB 2016
Dividen ASB 2016

Beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan ini:


1- Ekonomi Global yang masih belum pulih
Kelembapan ekonomi masih berterusan....dijangkakan akan pulih secara perlahan lahan, Ini pasti memberi kesan kepada pemulihan ekonomi Malaysia yang bergantung kepada Petroleum dan Kelapa Sawit.

2- Kadar tukaran matawang MYR yang masih belum pulih


Ketika ini tukaran matawang MYR ke USD masih 4.4 hingga 4.5. Nampaknya nilai USD masih tinggi dan ini banyak memberi kesan kepada kenaikan harga barang import.

3- Harga Komoditi Kelapa Sawit yang masih rendah.
Sehingga hari ini, harga komoditi kelapa sawit masih rendah. Ini sangat memberi kesan kepada FGV sehinggakan nilai sahamnya turun menjunam.

Berdasarkan keadaan semasa industri kelapa sawit, pihak FGV telah mengumumkan pelan transformasi 2017 - 2020 yang dijangkakan akan memulihkan FGV.

fgv transformation plan
FGV Transformation Plan 2017-2020






4- Ketidaktentuan ekonomi Malaysia kesan daripada Kemenangan Presiden Donald Trump di Amerika Syarikat.

Kemenangan Donald Trump memberi isyarat ketidaktentuan kepada ekonomi semasa dan ini menyebabkan ekonomi dunia tidak stabil. Akan berlaku kenaikan tapi ia masih perlahan dan masih memberi kesan kepada Malaysia secara terus.




Agihan Dividen ASB 2016
Agihan Dividen ASB 2016

Baiklah, mari lihat adakah masih relevan melabur menggunakan asb loan walaupun dividen semkin rendah:

Contoh sahaja ye:

Tahun 2015: RM200,000 X 7.25% = RM14500
Tahun 2016: RM100,000 X 6.75% = RM13500

Pilih buat ASB Loan RM200,000 selama 30 tahun dengan bayaran bulanan RM1098 = RM1098 X 12 bulan = RM13,176.00

Modal RM13,176 VS Dividen RM13500 = Untung RM324

Itulah untungnya RM324 pada tahun 2016.....

Apa yang anda nampak?

= Duit anda masih ada...dividen menurun, bukan bermaksud anda rugi tapi KEUNTUNGAN berkurang sikit...oklah pada zaman ekonomi merosot ni...

Dua HAKIKAT yang anda PERLU terima:

1- Alhandulillah tak jatuh RUGI....anda kurang untung sahaja...
2- Jika pilih pelaburan lain (yang juga menerima KESAN ekonomi global) = Anda mungkin jauh kerugian

PELABUR TEGAR ASB LOAN Di Uji:

1- Adakah anda akan bertahan untuk dapatkan dividen lebih baik 2017 (Pro Rate dividend)
2- Adakah anda akan bertahan untuk BONUS yang lebih baik (rekod 120 bulan ke belakang menentukan bonus anda)

* Asam garam melabur...ada hari untung besar....ada hari untung tipis....yang TERUS MELABUR terus UNTUNG....yang tarik diri...dot dot dot....

Tahun 2016 dengan kesedihan ini akan melabuhkan tirainya, teruskan bersabar dan teruskan mencari peluang peluang pelaburan yang menguntungkan dan tidak berisiko tinggi. ASB salah satu daripada pelaburan yang terselamat (jatuh tapi bukan lingkup) dan masih bertahan dengan kejatuhan ekonomi.

Semoga Pelan Strategi Malaysia 2017-2020 memberi kesan positif kepada pelaburan ASB pada tahun 2017....Insha Allah... doakan yang terbaik....



Jika anda pilih tidak melabur ASB Loan,
A - Simpan bawah bantal = tiada perubahan
B - Simpan dalam akaun simpanan bank = 0.4%- 1.75%
C - Simpan dalam akaun Fix Deposit = 2-3% (12-30 bulan)
D - Fikir fikirlah.......





Jika Anda SERIUS nak mulakan Pelaburan ASB Loan anda,
Semak Kelayakan Jumlah loan sebelum rancang strategi.
KLIK LINK DI BAWAH untuk saya guide anda. 



<DIRECT WHATSAPP LINK FAIRUZRAMLI>
 





Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/asbloanterbaik

* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti kadar interest, dividen, surrender value, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.